Thursday, December 18, 2008

Perubahan waktu operasi

Untuk makluman pelanggan dan bakal2 pelanggan, terdapat perubahan waktu operasi. Buat masa ini, warong akan dibuka pada setiap hujung minggu sahaja. Sabtu & Ahad. Ini berikutan masalah tenaga pekerja.

Namun demikian, jika anda berhajat untuk datang di di hari2 biasa (Isnin - Khamis) anda boleh mebuat tempahan awal melalui telefon 07-7583731 atau 012-7590114. Jadi hidangan nasi beryani akan dimasak segar hanya untuk anda dan keluarga anda. Insya' Allah.

Segala kesulitan harap dimaafkan. Terima kasih.

Monday, December 15, 2008

Maklumbalas

Ada maklumbalas yang kami terima daripada pelanggan tidak berpuas hati kerana waktu operasi tidak menentu. Terutama sekali semasa cuti sekolah. Di sini kami ingin menjelaskan bahawasanya kami jarang bercuti kecuali ada keramaian (perkahwinan) atau kematian di kalangan saudara terdekat. Jadi, pelanggan dinasihatkan agar menghubungi kami bagi pengesahan waktu operasi.

Ada juga pelanggan tetap kami dari Kuala Lumpur yang meluahkan kehampaan kerana beriya-iya membawa anak bini untuk menikmati beryani kambing abah tetapi bila sampai warong tutup. Biasanya pelanggan tetap abah pemandu-pemandu lori yang berulang alik utara - selatan.

Oleh itu, pihak kami memohon ampun dan maaf atas kesulitan yang anda pernah alami.

Terima kasih...

Friday, December 12, 2008

Warong Beryani Kambing Hj Dahlan



Wat masa nie.. ini jer gambar warong yang ader. Maklumla.. bisness kampung secara kecil-kecilan. Tapi insya' allah.. rasa yang terhidang membuatkan anda rasa berbaloi untuk singgah.

Selamat mencuba!

Monday, December 8, 2008

Ramuan asli Beryani Kambing Batu Pahat


Beryani Kambing Abah adalah antara resepi asli Beryani Batu Pahat. Keistimewaan beryani kambing abah adalah adunan rempah masala bermadu yg berbeza dan sukar ditemui di mana-mana tempat selain Batu Pahat. Hanya segelintir orang-orang lama yang memiliki resepi ini. Nasi beryaninya juga mempunyai aroma masala madu yang sama.

Enak sekali dimakan bersama rojak timun yang dicampur dengan hirisan nenas, bawang besar dan sedikit cuka sebagai lawannya. Kuah dalca juga menjadi pelengkap. Bagi yang prihatin dengan risiko darah tinggi, anda dinasihatkan makan bersama minuman air limau nipis.

Atau, pilihlah beryani ayam sebagai alternatif. Beryani ayam menggunakan ramuan yang sama dengan beryani kambing tetapi Beryani Kambing menjadi pilihan ramai disebabkan rasa daging kambing itu sendiri yang meresap ke dalam kuah masala tersebut.

Apa kata anda rasa dan nilailah sendiri..

p/s: ilustrasi & gambar di atas sekadar hiasan sahaja

Friday, December 5, 2008

Menu Istimewa


Nasi Beryani
Beryani Kambing
Beryani Ayam
Kuah Dalca
Rojak timun

Minuman panas RM 0.90
Minuman sejuk RM 1.20

Harga:
Nasi Beryani Kambing RM5.50
Nasi Beryani Ayam RM5.00

Sarapan pagi:
Nasi Lemak

nota: gambar di atas sekadar hiasan shj

Thursday, December 4, 2008

How to get here?

Click to the picture below for better view.




If you are from north part or KL & using PLUS highway, pls exit at Yong Peng. Then, take the normal road to Ayer Hitam. In 15 minutes driving, pls find a landmark communiation tower on the hill on the left side across the highway. The WARONG will be at your right hand side. It's just a small warong under a petai tree.

If you are from Johor Bharu, pls exit at Pekan Ayer hitam and take right at the four junction traffic light towards Yong Peng. After 10 minutes then passing by Sg. Geriba & Olak Batu, you will see the same landmark communcation tower at your right hand side accross the PLUS highway. The small WARONG will be at your left hand side

Jika anda menggunakan lebuhraya PLUS daripada utara (spt. KL, Seremban atau Tangkak), gunakan laluan keluar ke Yong Peng dan terus menuju ke Pekan Ayer Hitam. Selepas 15 minutes, anda akan melalui Kg. Hj Ghaffar dan perhatikan sebelah kiri anda diseberang highway anda akan nampak pencawang di atas bukit. Perlahankan kenderaan dan perhatikan kewujudan warung kecil di sebelah kanan anda. Warung usang yang dibina di bawah pokok petai.

Jika anda daripada Johor Bharu, exit ke Pekan Ayer Hitam dan terus menuju ke Yong Peng. Selepas jambatan melalui Sg. Geriba dan melintasi bukit bukau, kira-kira 10 minit dari Ayer Hitam, perhatikan kanan anda untuk pencawang di atas bukit sebagai landmark. Warong Beryani Kambing berada di sebelah kiri anda.

Selamat menikmati aroma & kelazatan Beryani Kambing Abah @ Hj. Dahlan.

Terima Kasih & Sila datang kembali!!