Monday, December 15, 2008

Maklumbalas

Ada maklumbalas yang kami terima daripada pelanggan tidak berpuas hati kerana waktu operasi tidak menentu. Terutama sekali semasa cuti sekolah. Di sini kami ingin menjelaskan bahawasanya kami jarang bercuti kecuali ada keramaian (perkahwinan) atau kematian di kalangan saudara terdekat. Jadi, pelanggan dinasihatkan agar menghubungi kami bagi pengesahan waktu operasi.

Ada juga pelanggan tetap kami dari Kuala Lumpur yang meluahkan kehampaan kerana beriya-iya membawa anak bini untuk menikmati beryani kambing abah tetapi bila sampai warong tutup. Biasanya pelanggan tetap abah pemandu-pemandu lori yang berulang alik utara - selatan.

Oleh itu, pihak kami memohon ampun dan maaf atas kesulitan yang anda pernah alami.

Terima kasih...

No comments: