Monday, December 8, 2008

Ramuan asli Beryani Kambing Batu Pahat


Beryani Kambing Abah adalah antara resepi asli Beryani Batu Pahat. Keistimewaan beryani kambing abah adalah adunan rempah masala bermadu yg berbeza dan sukar ditemui di mana-mana tempat selain Batu Pahat. Hanya segelintir orang-orang lama yang memiliki resepi ini. Nasi beryaninya juga mempunyai aroma masala madu yang sama.

Enak sekali dimakan bersama rojak timun yang dicampur dengan hirisan nenas, bawang besar dan sedikit cuka sebagai lawannya. Kuah dalca juga menjadi pelengkap. Bagi yang prihatin dengan risiko darah tinggi, anda dinasihatkan makan bersama minuman air limau nipis.

Atau, pilihlah beryani ayam sebagai alternatif. Beryani ayam menggunakan ramuan yang sama dengan beryani kambing tetapi Beryani Kambing menjadi pilihan ramai disebabkan rasa daging kambing itu sendiri yang meresap ke dalam kuah masala tersebut.

Apa kata anda rasa dan nilailah sendiri..

p/s: ilustrasi & gambar di atas sekadar hiasan sahaja

No comments: